pusing kiri..pusing kanan
golek2....
menung siket...hmmmmm
apsal rase gelisah je ni???
tak tenteram rasanya hati ini...kenapa ye....emmmmm cube rewind balik ape yang kite da buat dua tiga hari nih... rewind punya rewind aku dah jumpa puncanya....
huuuu.....MINTA MAAF KAWAN-KAWAN !!!!!
aku rasa aku dah terkecilkan hati orang.... patut laa aku rasa tak tenteram je...
kemudian aku baca entry blog ni yang ni lagi membuatkan aku rasa berdosa berdosa....
bukan senang untuk kita meminta maaf....uhhh...seriusly susah...
ego yang tinggi, air muka nak jaga, dan rasa kite tak bersalah pon...betol tak....
tapii... bukan semua orang rasa macam tuh.....
tapiii....aku rase berdosa dan bersalah.... tak tenang sungguh...
jadi aku pon google tips2 macam mana nak minta maaf pada orang lain.... harap dapat membantu aku dan juga orang lain...
OKEY!!!!!
Tips2...
1. Fikirkan apa yang telah berlaku dan perbuatan apa yang anda mahu dimaafkan.
2. Tuliskan perkara tersebut; ini akan membantu anda mengatur idea dan meredakan ketegangan perasaan anda.
3. Berlatih perkara yang anda hendak cakapkan sehingga anda merasa selesa dengannya.
4. Nyatakan dengan jelas perbuatan yang anda mahukan kemaafan.
5. Mengakui perbuatan anda tanpa mengemukakan sebarang alasan.
6. Berkongsi perasaan anda mengenai apa yang telah terjadi - elakkan daripada menyalahkan orang lain, membesar-besarkan cerita atau menyebut kata-kata yang sia-sia.
7. Mendengar respon daripada orang berkenaan tanpa mempertahankan diri.
8. Tawarkan diri untuk memperbaiki keadaan sekiranya sesuai.
9. Teruskan kehidupan. Apabila anda telah meminta maaf, lupakannya dan biarkan ia berlalu.
haaa...ni laa tips nye....
hahahaha...tips de mcm nak mintak maaf kesalahan yg besau... tp bagus laa kan..hehehe
dalam islam pon telah menganjurkan untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain...
Rasulullah saw bersabda: "Setiap manusia pernah melakukan kesalahan, dan sebaik-baik pelaku kesalahan itu adalah orang yang segera bertaubat kepada Allah SWT".
Ini bererti bahwa manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah berbuat salah, sebab itu mustahil kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT). Tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya. Dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).
Allah swt berfirman: "...Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas tanggungan Allah."
(Q.S.Asy-Syura : 40).
jadi...aku nak minta maaf pada semua....
semoge kita sahabat selamanya....