Tuesday, September 28, 2010

::people change::

 dalam meniti kehidupan, kita tidak dapat menjangkakan apa yang ada disebalik sesuatu...
aku juga terpanggil untuk berbicara tentang ini 
" People change, for better or for worse..I'm not needed anymore..I hav to learn n accept dat fact..although it hurts coz it seems we are part away but dats da reality.. "
(kata2 seorang rakan)
mmg benar ,antara sedar atau tidak kita akan berubah dari masa ke semasa.....
chiow...

Tuesday, August 24, 2010

::perkongsian kita::

Sahabatku….

Pertemuan pertama adalah segalanya,
Termaterai lah perjanjian antara kita
Tentang persahabatan
Tentang selamanya…

Sahabat
Betapa aku kasih padamu
Ku harap engkau sentiasa berada dihatiku
Jangan pergi selagi nyawaku masih ada
Berjanjilah wahai sahabat…

kita bersama keranaNya
kita genggam erat hati untuk mendapat keredhaanNya
kita tahu semuanya sudah tersurat untuk kita…
aku..engkau…
semoga bersama selamanya…

badai yang tiba melanda..
menakik kesetian kita berdua…
adakah penghujung tiba???..
tak mungkin ia berada dalam perancangan kita
aku…engkau…

kita mesti tempuhi dugaan bersama…
menangis…ketawa…berjaya bersama…
takkan aku tinggalkan…takkan aku undurkan…
ape yg kita ikrar bersama…

sahabat…
Tuhan itu Maha mengetahui..
Tentang hati kita…tentang impian kita
Tentang segalanya….
Berjanjilah kita…
Tapi bukan menidakkakn kehendakNya..

Sahabatku…
Aku..engkau..
Selamanya…. 

::jiwAku:

Monday, August 23, 2010

..::kisah air....kisah sengsara::..

waaaahhhh!!!! indahnya pagi di hujung minggu....disatu pagi ..pagi ker???hahaha
seperti biasa aku terasa untuk membersihkan diri serta membuang segala-GalanyA..
berjalan ke bilik air seperti biasa....dengan baldi yang penuh..emmm,juge seperti biase....
pili air ku buka...
tunggu...
Tunggu....
TUNGGU...!!!!!
 oh tidaaaaaaakkkkkkkkk!!!!!!!!
perkara yang paling ditakuti telah datangggg......air tak ada.....ouhhhh....ouhhhh...ouh....

sekarang da hampir 2 hari tak ada air....dengan lambakan baju nak dibasuh...assignment yg nak dipikir, dimana tempat yang boleh rembat air????ouhhh...ouh....
tak keruan hidup rasanya....

dalam kesusahan hidup ini...aku juga terfikir...baru satu Allah tarik nikmat yang diberiNya...
baru satu kesusahan yang Allah uji pada hambanya.... kenapa kita cepat melatah??? kenapa kita cepat merungut??? huuu... siapa kita sebenarnya untuk tidak tunduk pada perintah Tuhan.....

adakah selama ini cukup kira bersyukur dengan nikmat Allah??? mari kita renungkan...betulkan ape yang perlu.... 

hayati.....
Tidak mensyukuri pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ
“Dan ni’mat apapun yg kalian dapatkan adl datang dari Allah.”

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
“Dan jika kalian menghitung ni’mat Allah nescaya kalian tdk akan sanggup.”

Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu beruntung." (Al-A'raf 7:69).

ini video untuk kanak2..tp aku rase..kite pon kena blajar seperti kanak2....emm...



hehehe....mari kita beralmal bersama.....
untuk aku untuk kamu!!!!



 

Sunday, August 22, 2010

durian oh durian!!!

dalam bulan2 puasa ni...ada tak yang berani cuba durian???hahahaha
tak sanggup ape...huuu...tapi bukan macam kami...
sakan makan durian...
da tak ada benda lain nak dicari..akhirnya durian dibelasah...

haaaa....ni la die durian yang cantik menawan serta sedap rasanya...hehehe

walaupun panas.....
kami sanggup!!!!!
kerana durian..

klo nak tahu, durian juge ada beberapa khasiat untuk kecantikan..ehehehe
yg perempuan suka la 2!!!!
tgk link kt atas ni ye....

pesanan penaja!!
kepada sesiapa yang tak makan durian..huuu
rugi...
kurang satu nikmat..hehehe

chow
tintaku....

Wednesday, August 18, 2010

aku vs sahabat


setiap insan pasti mempunyai sahabat.... jika tidak. hmmm  tak bertamadun la dia.. 
aku juga punyai ramai sahabat.... tak terkira ,tak teringatkan..maaf ye kawan2...
pada zaman Rasullullah dulu...tidak pernah Rasul mengkategorikan sahabat baginda..
tapi zaman moden kita, terlalu banyak kategori sahabat yg ada...
kawan baik,kwn sekolah,kawan mengumpat,kwn makan kawan...mcm2 lg la....

adakah kita tahu...bersahabat juga ada pantang larang??????
huuu......

kt sini aku nak kongsi ape yg aku bace....

CARA-Cara memilih Sahabat 






NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: 





Pertama, 

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 



Kedua, 

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 



Ketiga, 

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 



Keempat, 

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 



Kelima, 

Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 



Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.







pilihlah kawan2...siapa yg anda mahu....
tapi kenapa kadang2 kita makan hati dengan kawan???
adakah kita tersalah pilih????
atau kita yang belum sempurna????

"kadang-kadang aku kecewa
kadang-kadang aku tertanya
bila hati berubah arah
adakah mampu lagi aku betulkan"
tintaKU

Sunday, August 15, 2010

Berbuka ape hari ni???


fuhhh!!! lapa betol bile tgk roti ni...huuu...
nak berbuka ape ek hari ni????
emmm...mcm2 da ad dlm kepala...nasi lemak, ayam berempah....kueh mueh...wawawa~ x saba rasenyae nak berbuka puasa....

hari ini kali pertama aku nak berbuka bersama teman sebilik...huuu...
masing2 dengan hal msing...harap2 lah ptg ni dpt berbuka bersama2...

oppsss.....hr ni aku nk bawakan sepotong hadis riwayat imam tarmizi....
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(riwayat Imam Tarmizi)


renungkan....jom buka puasa sama-sama

Friday, August 13, 2010

dah tua ke???

11 ogos 2010 bertambah la lagi angka pd umur aku...wah3 da tua ker???
tahun ni juga hari kelahiran aku ini jatuh pada 1 Rmadhan..... terasa ini tahun keberkatan...amin...
apabila umur sudah mencecah 20-an, aku tak pernah meminta atau terfikir nak sambut hari jadi...
alangkah terharunya aku bila P&T Family wat prank mase bukak pose... terkezut dibuatnya...haahaaa

da macam tepong gomak aku dibuatnya...kena baling tepung...wawawa! seronok dorang ye...hehehehe n one more thing..aku dpt kek cantek...emmm...nk share la kt cni....


shantek kan!!!!! terima kaseh yang x terhingga.....sayang korunk semua....


pada mlm 12 ogos 2010....
sekali lagi aku dikejutkan dengan kek lagi...dr rumet kesayangan....
Ya Allah.....blek2 mandi dh tersua kek depan muka......terharunya aku......
sory x dpt upload gmbr kek...huuu nti ok....

walaupun aku baru sahaja mengenali mereka (P&T Family n rumet) aku sgt bersyukur kerana dpertemukan dengan mereka sekarang....
semoga Allah rahmati mereka yg selalu menggembirakan aku....

sampai sini saje....TintaKu

Sunday, August 1, 2010

salju cinta

assalamualaikum.....


ini pertama kali untuk aku mencoret sesuatu pada kepingan Salju Cinta ini. setiap insan fikrahnya pasti punya cinta. sama ada cinta kepada Tuhan, cinta pada insan, juga cinta pada haiwan dan alam ciptaan-Nya. kebiasaannya cintA ditafsirkan dengan kehangatan cinta, bahangnya asmara dan sebagainya. tetapi aku mengklasifikasikan cinta itu seperti salju. sejuk hingga tertusuk dalam. kita bergantung pada insan lain ketika dalam kesejukan.