Wednesday, August 18, 2010

aku vs sahabat


setiap insan pasti mempunyai sahabat.... jika tidak. hmmm  tak bertamadun la dia.. 
aku juga punyai ramai sahabat.... tak terkira ,tak teringatkan..maaf ye kawan2...
pada zaman Rasullullah dulu...tidak pernah Rasul mengkategorikan sahabat baginda..
tapi zaman moden kita, terlalu banyak kategori sahabat yg ada...
kawan baik,kwn sekolah,kawan mengumpat,kwn makan kawan...mcm2 lg la....

adakah kita tahu...bersahabat juga ada pantang larang??????
huuu......

kt sini aku nak kongsi ape yg aku bace....

CARA-Cara memilih Sahabat 






NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya: 





Pertama, 

Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan. 



Kedua, 

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). 



Ketiga, 

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 



Keempat, 

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu. 



Kelima, 

Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. 



Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.







pilihlah kawan2...siapa yg anda mahu....
tapi kenapa kadang2 kita makan hati dengan kawan???
adakah kita tersalah pilih????
atau kita yang belum sempurna????

"kadang-kadang aku kecewa
kadang-kadang aku tertanya
bila hati berubah arah
adakah mampu lagi aku betulkan"
tintaKU

No comments:

Post a Comment